Saturday, 17 November 2012

apa itu pra sekolah

nie lencana untuk pra sekolah di seluruh malaysia 


objektif 

Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.


latar belakang 

18 Disember 1991 
  •  Mesyuarat Jemaah Menteri
  •  KPM melaksanakan program prasekolah.

27 Januari 1992
  •   Mesyuarat antara Kementerian.
  •  Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas)

 Akta Pendidikan 1996
  •  Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

 6 Jun 2001
  •  Mesyuarat Jemaah Menteri.
  •  Peluasan Program Prasekolah KPM

 kriteria pemilihan sekolah

 a) Lokasi Pedalaman/Luar Bandar/Pinggir Bandar/Bandar.
 b) Murid Tahun Satu Yang Tidak Berprasekolah Tinggi.
 c) Tiada Operator Tadika Lain.
 d) Mengambilkira Pendaftaran Murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).
 e) Kemudahan Ubah Suai/Bina Bilik Darjah.
 f) Permintaan Masyarakat Setempat.

 kriteria pemilihan murid

 a) Warganegara Malaysia.
 b) Berumur 5 dan 5+ tahun.
 c) Setiap kelas 25 orang murid.
 d) Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.


 geran per kapita (GPK)

 RM100 seorang murid setahun RM100 X 25 murid X 1 kelas
 Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun


 bantuan makanan

 RM1.50 seorang murid sehari RM1.50 X 1 murid X 200 hari
 Jumlah : RM300 seorang murid setahun


 program-program prasekolah

 a) Program ICT Prasekolah (KPM) Mulai 2002
 Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
 (Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)

 b) Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) Mulai 2001
 Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
 (Agihan 1 set bagi kelas prasekolah yang terpilih)
 Sehingga Februari 2004 . KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd

 c) Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas Mulai 2003 . 3 kelas
 ( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)
  •  SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.
  •  SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
  •  SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.

 d) Program Prasekolah Pendidikan Khas Mulai 2004 . 28 kelas
  •  Prasekolah Bermasalah Pembelajaran 
  •  Prasekolah Bermasalah Penglihatan
  •  Prasekolah Bermasalah Pendengaran 

 e) Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah Mulai 2004


****Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment